Google
      
 24 123
发新话题
打印

Dasar Kerajaan

Dasar Kerajaan

DASAR PENDIDIKAN NEGARA
emasa mencapai kemerdekaan, telah timbul kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat tentang betapa pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara.

Antara strategi pelaksanaan dasar ini ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama,memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik dan sebagainya.
韩冰

DEB

Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990).

Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang  pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
韩冰

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pembangunan  Kebudayaan  Kebangsaan  bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah  negara  yang stabil dan  bersatupadu. Dengan yang  demikian usaha-usaha  pembentukan  Kebudayaan   Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i)   Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii)  Memupuk dan memelihara keperibadian  kebangsaan yang tumbuh daripada
      Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan  dan   mempertingkatkan   kualiti kehidupan  kemanusiaan   
      dan kerohanian  yang  seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
韩冰

DASAR PERINDUSTRIAN BERAT

Antara objektif Dasar Industri Berat adalah mengimport dan menyerap teknologi yang lebih sofistikated untuk memajukan teknologinya sendiri, mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing, mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju dan  mengwujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam bidang-bidang kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan
韩冰

DASAR KEPENDUDUKAN

Matlamat kependudukan 70  juta  telah  disarankan  oleh Y.A.B.    Perdana  Menteri  Seri  Dr.  Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung  UMNO  dalam bulan   September  1982.    Beliau  berpendapat  bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.

Saranan ini kemudiannya  telah  dijelaskan  dan dikemukakan  sekali  lagi  oleh  beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh  Penggal  Rancangan Malaysia   Keempat   pada  29hb.   Mac 1984.   Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai  dalam  tempoh  115hingga 120 tahun.
韩冰

DASAR PANDANG KE TIMUR

Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Y.A.B.  Perdana Menteri Dato` Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan  "5th  Joint Annual  Conference  of  MAJECA/JAMECA"  di Hilton Kuala Lumpur.   

Dasar  ini  bermakna,  pihak  Kerajaan  akan membuat  pengkajian,  penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea  dengan  mengubahsuaikannya  dengan keadaan-keadaan di Malaysia.
韩冰

DASAR PENSWASTAAN

Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri Dato` Seri Dr. Mahathir Mohamad  melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
韩冰

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA

Diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 1983, Dasar Persyarikatan Malaysia merupakan pendekatan asas pembangunan negara. Ia adalah suatu sistem kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ke arah mewujudkan satu syarikat Malaysia bagi mencapai kemajuan dimana keuntungan yang didapati akan dikongsi bersama.
韩冰

DASAR BERSIH CEKAPDAN AMANAH

Pada pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac,1983.

Objektif utama dasar ini adalah bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja dan meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.
韩冰

SOGOSHOSHA MALAYSIA

Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan di negara Jepun. Untuk mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian antarabangsa, mengendali barang dagangan yang banyak dan memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar.

Di negara Jepun 'Sogoshosha' adalah merupakan satu panggilan/title yang diberikan kepada beberapa syarikat perdagangan am yang terkenal yang telah mencapai pusingan sebanyak US$20 billion setahun. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dimainkan oleh sogoshosha telah diiktirafkan sebagai satu dari sebab-sebab negara berkenaan mencapai kejayaan yang cemerlang di bidang perdagangan luar.

Pengalaman negara tersebut telah memberi inspirasi kepada beberapa buah negara membangun termasuk Malaysia, untuk menubuhkan sogoshosha masing-masing sebagai institusi bagi memajukan eksport mereka.
韩冰
 24 123
发新话题
查看积分策略说明

快速回复主题

选项

[完成后可按 Ctrl+Enter 发布]  预览帖子  恢复数据  清空内容